Cahaya Hati Cahaya Hati: Keberkatan Sedekah
Share |

Keberkatan Sedekah

Rasullah s.a.w bersadba, yang bermaksud:

"Barangsiapa yang membebaskan seorang mukmin daripada kesusahannya atau menolong orang yang teraniaya, maka Allah berikan kepadanya 73 keampunan"

( Ibnu Hibban )

Rasullah s.a.w berpesan seluruh umat islam:

"segala sesuatu itu ada kuncinya , dan kunci syurga ialah mencintai orang-orang miskin"

(al-Daraquithni dan Ibnu Hibban)


Kisah Nabi Khidir menyedakahkan Dirinya
Kerana menyedari betapa besarnya pahala bersedekah, maka Nabi Khidir a.s rela mensedekahkan dirinya. sebagaimana di ceritakan oleh Rasullah s.a.w kepada para sahabat baginda.Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Nabi Khidir a.s berjalan jalan di pasar Bani Israil . ketika beliau berjalan untuk melihal lihat di pasar itu . tanpa di sedari seorang lelaki mendekatinya, dan berkata :
" Bersedekahlah kepada ku, mudah-mudahan Allah memberkati mu", pinta lelaki itu kepada khidir.
"Aku tidak memiliki sesuatu apa pun untuk diberikan kepada engkau...!" jawab Nabi Khidir a.s bersungguh-sungguh.
"Aku meminta engkau dengan nama Allah, apa saja yang dapat engkau sedekahkan kepada diriku..!"
" Aku beriman kepada Allah ..! Telah aku katakan kepada mu. bahawa tidak ada apapun yang dapat aku berikan kepadamu, kecuali jika engkau meminta aku untuk engkau jual..!" jawab Nabi Khidir a.s
"Benarka apa yang engkau katakan itu..?" Tanya pengemis itu seolah-olahnya tidak percaya dengan kata-kata Nabi khidir a.s.
" Benar...! Apa yang aku katakan itu benar..! kalau kau mau jual lah diriku..!" ujar Nabi Khidir lagi.
Maka lelaki miskin itu menjual Nabi Khidir a.s di pasar hamba, sehingga Nabi Allah itu di beli oleh seorang hartawan seharga 400 dirham. semenjak itu Nabi Khidir menjadi hamba sahaya orang yang membelinya itu. Bagaimanapun, suadah sekian lama beliau berada di rumah tuan nya itu, beliau masih belum di perlakukan sebagai hamba sahaya , malahan beliau tidak di berikan apa apa tugas pun.
"Tuan..! sesungguhnya tuan membeli diriku untuk memperolehi manfaat yang ada pada diriku..! Tetapi hingga hari tuan belum memberikan sebarang tugas kepada ku..!" ujar Nabi Khidir a.s.
" Apakah maksudmu..!" tanya orang yang membelinya itu.
" Maksud saya , hendaklah tuan memberikan saya sebarang tugas yang boleh mendatangkan manfaat kepada Tuan..!" jelas Khidir.
" Aku tidak mahu menyusahkan engkau dengan mengerjakan sebarang pekerjaan, kerana usia mu sudah begitu lanjut..!" jelas Hartawan itu.
" Tuan jangan khawatir..!" Aku tidak akan pernah susah untuk mengerjakan sebarang pekerjaan ..!" jawab Nabi Khidir.
oleh kerana Nabi Khidir a.s terus mendesak agar orang itu memberikan suatu pekerjaan, maka orang yang membelinyaitu memrintahkan beliau untuk memindahkan sebuah batu besar. Nabi Khidir a.s bersetuju untuk mengerjakan pekerjaan itu.
ketika Tuan nya pergi ke luar rumah, Nabi Khidir a.s memulai memlakukan pap yang di suruh kepadanya itu,
" sungguh besar batu ini..! Batu begini sekurang-kurangnya lima atau enam orang...!", fikir Nabi Khidir a.s
bagaimanapun Nabi Khidir a.s mampu memindahkan batu itu seorang diri dalam bebrapa saat saja.
setelah majikannay kembali kerumah, dia sungguh hairan melihat batu besar itu berpindah dari tempatnya.
" siapakah yang memindah batu itu..?", tanyanya penuh hairan kepada Nabi Khidir a.s.
"saya Tuan..!" kawab Nabi Khidir a.s.
" Mampukah engkau melaksnakan pekerjaan yan pada awalnya aku perkirakan engkau tidak mampu melakukannya..?" tanya tuannya.
pada hari berikutnay lelaki yang membeli Nabi khidir itu keluar rumah.sebelum pergi dia berpesan kepada Nabi Khidir.
"Aku telah menganggap engkau sebagai seoarng yang dapat di percayai.Maka aku mempercayai engkau sebagai seoarng pemimpin dalam keluargaku ini, selama aku berpergian..!", ujarnya.
" Tuan perintahkanlah aku untuk mengerjakan sesuatu..!" pinta Nabi Khidir,
"Aku tidak menyusahkan engkau..!" jawan tuan nya itu.
" Tuan jangan bimbang, pekerjaan yang tuan perintahkan tidak akan menyusahkan saya..!" jawab Nabi Khidir a.s
" Kalau begitu buatlah batu bata untuk memperbaiki rumah ku ini..!" ujar tuan nya.
setelah Tuannya pergi, Nabi Khidir a.s mulai melaksanakan tugas yang di berikan oleh tuannya itu kepadanya. Beliau mulai membuat batu bata untuk memperkukuhkan bangunan rumah tuannya itu, sehingga dia berjaya melakukan pekerjaan itu dengan baik dan cepat.
apabila Tuannya kembali kerumahnya dilihatnya rumah nya sudah baik dan kukuh, dia sungguh hairan. bagaiman hambanya yang sudah tua itu mampu melakukan pekerjaan itu dengan kemas dan cepat.
melihat kelebihannya itu, tuanya tertanya-tanya siapakah sebenarnay orang yang sudah di belinya itu. maka untuk menjawab pertanyaan yang bersarang di hatinya, beliau bertanya kepada Nabi Khidir a.s
" Aku bertanyadengan Nama Allah siapakah engkau sebenarnya..?", tanya lelaki tersebut.
" Kerana Tuan bertanya dengan nama Allah dan atas Nama Allah itu pulalah yang menempatkan aku dalam perhambaan ini..!" jawab Nabi Khidir a.s
" Engkau belum menjawab pertanyaan aku..!" kata tuannya.
" Baiklah , Tuan..! Akan kuceritakan kepada Tuan siapa aku yang sebenarnya. Aku adalah khidir yang pernah Tuan dengar itu. Pada suatu hari, ada seorang lelaki meminta sedekah kepadaku, tetapi aku tidak memiliki apa-apa yang dapat keberikan kepadanya.Namun lelaki itunterus meminta kepada dengan Nama Allah, maka kau serahkan diriku kepadanya lantas dia menjual diriku..!". jelas Nabi Khidir a.s
lelaki itu tercenggang mendengar penjelasan Nabi Khidir a.s, kerana selama ini dia tidak mengetahui bahawa hamba yang di belinya itu adalah seoarng Nabi Allah yang nama nay sudah terkenal di kalangan masyarakat Bani Israil ketika itu.
"Orang yang di minta dengan Nama Allah, tetapi menolak permintaan itu sedangkan dia mampu memenuhi permintaan tersebut, maka dia akan berdiri di hari kiamat kelak dalam keadaan bisu dan kulitnya tidak berdaging" lanjut Nabi Khidir a.s
" Aku beriman kepada Allah..! Aku mohon ampun kepada Allah..! seandainya aku tahu bahawa engkau adalah Nabi Allah, maka demi Allah aku tidak akan menyusahkan engkau..! ujar lelaki itu dengan sangat menyesal.
"Tidak apa...! Tuan telah melakukan kebaikan dan mensucikan diri..!" jawab Nabi Khidir a.s
" Wahai Nabi Allah..!" Buatlah keputusan mengenai keluarga dan hartaku dengan apa yang kau mahu.Atau engkau lebih jika aku membebaskan engkau..!" ujar lelaki itu selanjutnya.
" Aku lebih suka jika Tuan memerdekakan aku, sehingga aku bebas berjalan kesana ke mari, dan aku bebas untuk neribadah kepada tuhanku...!" tegas Nabi Khidir a.s
Maka lelaki itu memerdekakan Nabi Khidir a.s lantas Nbi Khidir a.s memuji Allah yang telah mengikatnya dalam perhambaan dan telah menyelamatkan dirinya daripada perhambaan itu.
Demikianlah Nabi Khidir a.s yang telah menjual dirinya kepada orang yang meminta sedekah kepadanya, kerana beliau tidak memiliki apa-apa yang patut di berikan bagi memnuhi permintaan orang tersebut.

Sedekah Yang dI utamakan
kedua Ibu Bapa
Ahli Keluarga
Suami
Pada Bulan Ramadhan

Kelebihan Bersedekah
Menyuburkan Harta
Mendatangkan Berkat
Pembela Di akhirat
Penebus Dosa
Anak Kunci Syurga
Menolak Musibah