Cahaya Hati Cahaya Hati: Februari 2011
Share |

SELAWAT UNTUK MEMOHON REZEKI

Berzikir dan berselawat adalah antara cara mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wata'ala di samping memperolehi berbagai fadhilat tersendiri yang dapat memberi ketenangan dan kebahagian kepada yang mengamalkannya.

Salah satu selawat yang baik untuk diamalkan setiap hari oleh setiap individu Muslim yang Insya Allah dapat membukakan berbagai pintu rezeki dan ilmu, mengelakkan diri daripada kemiskinan dan mengatasi masalah ekonomi yang dihadapi ialah selawat Li Tausii'il Arzaaq.

Selawat ini diamalkan setiap hari selepas mengerjakan sembahyang dengan seberapa banyak yang mampu, Insya Allah, Allah akan memberi kelapangan rezeki dan berkat serta menjauhkan daripada malapetaka yang merugikan.






Maksudnya : "Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam yang dengan rahmat itu, maka akan melapangkan semua rezeki kepada kami. Dan dengan rahmat itu pula akan mencantikkan akhlak kami. Dan semoga Allah melimpahkan rahmat kepada keluarga serta sahabat Baginda. Dan berilah kesejahteraan".

Satu lagi selawat khas untuk memohon rezeki ialah Selawat Futuh Selawat ini juga untuk memohon rezeki.




Maksudnya : "Ya Allah, limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam dan ke atas keluarganya dengan bilangan sebanyak rezeki dan apa-apa yang dibuka. Wahai Allah yang membuka rezeki bagi siapa yang dikehendaki dengan tiada diduga, bukalah ke atas kami rezeki yang luas dari setiap penjuru dan dari gedung ghaibMu dengan tiada mengharapkan makhluk dengan sebenar kurniaan dan kemuliaanMu dengan berkat rahmatMu wahai yang Penyayang daripada segala yang penyayang".

Selawat berkenaan di samping satu usaha dalam mempertingkatkan taraf hidup, kita juga mendapat ganjaran pahala dengan memperbanyakkan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam, sebagaimana dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Ibnu `Asakir yang maksudnya :

"Perbanyakkanlah oleh kamu ucapan selawat ke atasku kerana sesungguhnya selawat itu akan menjadi cahaya di dalam kubur dan cahaya di atas titian dan cahaya di dalam syurga.

MEMAHAMI ERTI MAULIDUR RASUL



Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari SELASA 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Marilah Kita Merendah Diri

Apakah kita tidak merasa gerun apabila mendengarhadis rasulullah s.a.w.yang bermaksud:
"Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hati nya memendam sebesar biji sawi dari sifat sombong."
Sebenarnay kita sendiri pun tidak sedar bahawa sifat sombong itu sentiasa memendap dalam hati. Melihat ada orang lain yang kekurangan dari kita. kita mungkin sudah rasa sombong. Sepatutbya kita muhasabahkan diri, bahawa lebihnya sedikit kita dari orang itu, kerana itu adalah pemberian Allah. Jadi sepatutnay kita bersyukur.
Adalah amat malang andainya sifat sombong, takabbur itu bersarang dalam diri kita tanpa sedar. ingat diri sudah baik sangat, rupanya kita orang yang paling sombong.
Allah s.w.t berfirman; Aku akan memalingkan dari keterangan-teranganku orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi atnpa hak." ( al-A'raf: 146 )
Bagaiman mahu merawat sifat sombong atau takabbur ini ya?
Marilah kita cabut akar umbi nya dulu.
Kenallah diri kita dan kenallah Allah. Mengenal diri dengan mengetahui asal usul manusia dari tanah. Kenallah diri kita yang berasal dari setitik air mani yang keluar dari saluran kencing, selepas itu menjadi segumpal darah, menjadi seketul daging, dan akhirnya menjadi manusia.
Manusia ini sebenarnya bermula dengan kematian sebelum hidup, lemah sebelum kuat, fakir sebelum kaya.
setelah kita kuat dan tegap, gagah dan perkasa, namun segalanya itu tidak memberi manfaat kerana kita tidak dapat memiliki selama-lamanya sifat tersebut.
Kita akan menjadi pelupa, kita akan kehilangan selera makan, dan andai terliur sekalipun kita terhadap sesuatu makanan, tapi makanan itu membahayakan kita pula.
Kita juga tidak tahu bilakah kita akan mati. Mungkin esok, lusa, enath-entah sejam lagi dari sekarang?
Ingatlah baik-baik, setelah mati tubuh badan kita akan hancur di makan ulat. Hancur tulang belulang kita.Maka hilanglah segala kecantikan yang kita bangga-banggakan selama di dunia.
Dan ingatlah pula setelah sekian lama bersemadi dalam tanah, setelah hancur luluh dilumat oleh ulat-ulat, jasad yang menjadi tanah itu di himpunkan untuk dibangkitkan semula pada hari kiamat.
Semua manusia akan melalui proses yang sama. Tidak ada terkecuali, sama ada anda kaya, miskin, ternama, tidak ternama dan sebagainya.
Jadi kalau kesitu arah fikiran kita bermuhasabah, mungkin ada harapan untuk membuang sifat sombong dan takabbur kita.
Kita kenalah ingat, bahawa apabila kita berada di akhirat kita membawa dosa dan pahala. kita tidak tahu apakah pahala kita itu diterima oleh Allah, dan dosa-dosa kita akan diampun.
Bandingan orang yang berdosa seperti orang yang sama dipenjarakan. sama-sama menunggu giliran hukumannya. Jadi perlu apakah kita takabbur dengan sama-sama orang terpenjara.
Ingat, kita di dunia ini sama-sama terpenjara. Jadi janganlah menyombong diri.
Usahalah kita megikis dan membuangnya hingga tidak tinggal walau sebesar biji sawi bongkak itu. Tanamkanlah sifat rendah diri kita ( bukan menhina diri ). Tidak ada ruginya berbuat demikian. Yakinlah dengan janji Allah dan Rasulnya.
Nabi s.a.w bersabda: '"Tidaklah seorang yang bersedia memaafkan orang lain. melainka Allah akan menambahkannya dengan kemuliaan. Dan tidaklah seorang itu merendah diri kerana Allah, melainkan Allah akan mengangkatnya ke darjat yang lebih tinggi."
Semoga kita termasuk dalam golongan sedemikian , Insyaallah.

Melatihkan Diri Bersifat Qana"ah

Qana"ah bermaksud setiap diri itu merasa redha dan merasa cukup dengan pemberian rezeki yang di kurbiakan oleh Allah s.w.t kepadanya.
Rasullah memuji orang yang bersiafat Qana"ah. Baginda bersadba: sesungguhnya berbahagialah orang-orang yang masuk islam, rezeki bercukupan dan Allah menjadikan dia Qana"ah berhati redha menerima segala pemberiannya"
( Riwayat Muslim )

Tetapi mengapakah di kalangan kita merasa berat untuk bersiafat Qana'ah?
Siang malam bekerja keras mencari harta kekayaan. Apabila telah mendapat kekayaan, ada rumah , ada kenderaan, ada keluarga, memiliki sahabat handai dan saudara mara yang ramai namun hati tidak pernah puas-puas.
Kita terus mengejar kekayaan. sehingga kita tidak sempat meluangkan masa untuk beribadat kepada Allah s.w.t. Dalam kesibukan kita itu, tanpa di sedari usia terus merangkak tua dan kita tidak terdaya untuk bekerja merebuta harta dunia.
Malangnya apabila sudah tua, tubuh badan tidak lagi terdaya untuk beribadat. Hati juga telah beku dan berkematu untuk berzikir mengingati Allah.
Alangkah malangnya andai begitulah nasib kita kelak apabila di jemput kembali menemui Tuhan.
Allah s.w.t berfirman mengingatkan orang-orang beriman: Harta dan anak-anak itu perhiasan penghidup dunia, amal-amal soleh yang tinggal itu lebih baik pada sisi Tuhanmu tentang ganjaranya dan lebih baik tentang pengharapan." ( Al-Kahfi )
Sememangnya hati itu jika di biarkan mengikut hawa nafsu, maka diri seseorang itu tidak akan merasa puas-puas dengan apa yang telah di capainya.
Kerana itulah kita sering di ingatikan dalam perkara dunia janganlah sekali kali kita melihat keatas iaitu bermaksud: janganlah memandang oran-orang yang lebih kaya dan berkemampuan dari kita. Tetapi kita di tuntut melihatnya ke bawah.
Lihatlah dan insaflah apabila melihat oarng-orang di bawah kita. kerana dengan cara itulah merupakan satu jalan kita belajar bersyukur dengan pap yang telah dikurniakan Allah kepada kita selama ini.
sesungguhnya Rasullah mengajar kita hidup sederhana. Dengarlah pesanan Baginda:
" Tiada hak bagi seseorang anak Adam dalam semua hal ini kecuali rumah tempat tinggal, baju yang menutup auratnya, roti kering dan air"?
( Riwayat Tirmizi )
Adalah riwayat kita bahawa rasullah s.w.t ketika wafat tidak meninggalkan harta kekayaan, istana mahligai atau sebarang kemewahan duniawi. Harta yang ada pada baginda hanyalah seekor keldai putih yang biasa dikenderainya dan sebidang tanah yang sedekadkan untuk kepentingan para musafir.
Jadi marilah kita belajar berpada dan bersyukur denga apa yang di kurniakan oleh Allah kepada kita. namun itu tidaklah pula bereti kita jangan bekerja keras atau malas berusaha mencari nafkah untuk isteri, anak-anak dan keluarga.
Apa yang di tegah ialah jangan mudah terpedaya dengan hawa nafsu yang mengajak manusia berlumba-lumba mengumpul harta kekayaan, hungga tidak mengenal lagi batasan dosa pahala, haram halal dan lupa beribadat kepada Allah.
Allah mengingatkan kita: " Janganlah kamu ditipu oleh penghidup dunia dan janganlah kamu ditipu terhadap oleh penipu ".
( Luqman: 33 )
Bersama-sama kita berusaha memiliki sifat Qanaah iaitu sifat yang bersederhana dalam menjalani kehidupan ini.
Ingatlah janji Rasullah dalam hadisnya kepada umat islam bermaksud: Beruntunglah oran yang di beri petunjuk kepada Islam, penghidupannya sederhana dan merasa cukup ( qanaah ) denga apa yang ada." ( Riwayat Tirmizi )