Cahaya Hati Cahaya Hati: Marilah Kita Merendah Diri
Share |

Marilah Kita Merendah Diri

Apakah kita tidak merasa gerun apabila mendengarhadis rasulullah s.a.w.yang bermaksud:
"Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hati nya memendam sebesar biji sawi dari sifat sombong."
Sebenarnay kita sendiri pun tidak sedar bahawa sifat sombong itu sentiasa memendap dalam hati. Melihat ada orang lain yang kekurangan dari kita. kita mungkin sudah rasa sombong. Sepatutbya kita muhasabahkan diri, bahawa lebihnya sedikit kita dari orang itu, kerana itu adalah pemberian Allah. Jadi sepatutnay kita bersyukur.
Adalah amat malang andainya sifat sombong, takabbur itu bersarang dalam diri kita tanpa sedar. ingat diri sudah baik sangat, rupanya kita orang yang paling sombong.
Allah s.w.t berfirman; Aku akan memalingkan dari keterangan-teranganku orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi atnpa hak." ( al-A'raf: 146 )
Bagaiman mahu merawat sifat sombong atau takabbur ini ya?
Marilah kita cabut akar umbi nya dulu.
Kenallah diri kita dan kenallah Allah. Mengenal diri dengan mengetahui asal usul manusia dari tanah. Kenallah diri kita yang berasal dari setitik air mani yang keluar dari saluran kencing, selepas itu menjadi segumpal darah, menjadi seketul daging, dan akhirnya menjadi manusia.
Manusia ini sebenarnya bermula dengan kematian sebelum hidup, lemah sebelum kuat, fakir sebelum kaya.
setelah kita kuat dan tegap, gagah dan perkasa, namun segalanya itu tidak memberi manfaat kerana kita tidak dapat memiliki selama-lamanya sifat tersebut.
Kita akan menjadi pelupa, kita akan kehilangan selera makan, dan andai terliur sekalipun kita terhadap sesuatu makanan, tapi makanan itu membahayakan kita pula.
Kita juga tidak tahu bilakah kita akan mati. Mungkin esok, lusa, enath-entah sejam lagi dari sekarang?
Ingatlah baik-baik, setelah mati tubuh badan kita akan hancur di makan ulat. Hancur tulang belulang kita.Maka hilanglah segala kecantikan yang kita bangga-banggakan selama di dunia.
Dan ingatlah pula setelah sekian lama bersemadi dalam tanah, setelah hancur luluh dilumat oleh ulat-ulat, jasad yang menjadi tanah itu di himpunkan untuk dibangkitkan semula pada hari kiamat.
Semua manusia akan melalui proses yang sama. Tidak ada terkecuali, sama ada anda kaya, miskin, ternama, tidak ternama dan sebagainya.
Jadi kalau kesitu arah fikiran kita bermuhasabah, mungkin ada harapan untuk membuang sifat sombong dan takabbur kita.
Kita kenalah ingat, bahawa apabila kita berada di akhirat kita membawa dosa dan pahala. kita tidak tahu apakah pahala kita itu diterima oleh Allah, dan dosa-dosa kita akan diampun.
Bandingan orang yang berdosa seperti orang yang sama dipenjarakan. sama-sama menunggu giliran hukumannya. Jadi perlu apakah kita takabbur dengan sama-sama orang terpenjara.
Ingat, kita di dunia ini sama-sama terpenjara. Jadi janganlah menyombong diri.
Usahalah kita megikis dan membuangnya hingga tidak tinggal walau sebesar biji sawi bongkak itu. Tanamkanlah sifat rendah diri kita ( bukan menhina diri ). Tidak ada ruginya berbuat demikian. Yakinlah dengan janji Allah dan Rasulnya.
Nabi s.a.w bersabda: '"Tidaklah seorang yang bersedia memaafkan orang lain. melainka Allah akan menambahkannya dengan kemuliaan. Dan tidaklah seorang itu merendah diri kerana Allah, melainkan Allah akan mengangkatnya ke darjat yang lebih tinggi."
Semoga kita termasuk dalam golongan sedemikian , Insyaallah.